REFLEKSI
Setelah selesai melakukan kajian tentang kesenian pada zaman tamadun cina, kami mendapati bahawa secara kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Hasil daripada sikap keterbukaan dalam menerima dan memberi idea antara satu sama lain telah memberi kekuatan untuk tamadun itu meneruskan kelangsungan dan perkembangannya dalam membangunkan tamadun ke arah yang lebih maju. Melalui kajian ini kami dapat memperoleh pengalaman khususnya daripada hasil temuramah terhadap responden. Kami mendapati bahawa setiap warisan daripada tamadun-tamadun sepatutnya diteruskan hingga sekarang supaya generasi muda dan generasi akan dating dapat menikmati dan merasai sumbangan yang terwaris daripada zaman-zaman terdahulu. Malah, kami merasakan bahawa kesenian tamadun cina perlu lebih diketengahkan kerana hasil warisan ini sangat dikagumi dan kreativitinya sangat dipuji. Kami juga merasakan bahawa kelangsungan warisan kesenian daripada tamadun cina ini perlu diteruskan agar warisan ini tidak akan dilenyap usia dan ditelan zaman. Kita seharusnya berbangga dengan kehebatan tamadun-tamadun ini kerana warisan tersebut adalah sesuatu yang berharga daripada nenek moyang kita. Pada pendapat kami, tugasan ini membantu kami lebih memahami akan kelebihan tamadun cina dan menghargai warisan tersebut.
KESENIAN TAMADUN CINA
Sunday, 13 May 2018
BORANG SOAL SELIDIK DAN DAPATAN KAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK
ARAHAN : TANDA (/) DI RUANGAN
YANG DISEDIAKAN.
Nama :
Umur : 17 – 20 ( ) Jantina : Lelaki ( )
21 – 25 ( ) Perempuan ( )
26 – 30 ( )
Bangsa : Melayu (
) Agama : Islam ( )
Cina (
) Hindu (
)
India (
) Buddha ( )
ARAHAN : SILA ISIKAN NOMBOR
DARIPADA 1 HINGGA 5 DI RUANGKAN YANG DISEDIAKAN.
1 – sangat tidak setuju 2 – tidak setuju 3 – tidak pasti
4 – setuju 5– sangat
setuju
SOALAN
|
1 - 5
|
|
1
|
Budaya dari Tamadun Cina di Malaysia masih
dikekalkan sehingga ke hari ini.
|
|
2
|
Masyarakat cina masih mengamalkan prinsip-prinsip
tamadun di dalam kehidupan seharian mereka.
|
|
3
|
Anak muda masa kini ramai yang tidak mengetahui
di mana berasalnya tamadun cina.
|
|
4
|
Dari segi perkahwinan, perayaan dan kematian masa
kini, masyarakat cina masih mengekalkan tradisi lama.
|
|
5
|
Tidak kira tua ataupun muda, masyarakat cina
mudah untuk bergaul dengan masyarakat lain meskipun berbeza bangsa.
|
|
6
|
Masyarakat Melayu dan India juga telah
mengamalkan adat dan budaya cina seperti kesenian dan perayaan.
|
|
7
|
Gaya hidup dan aturan yang tidak mengamalkan
prinsip budaya akan memberi banyak kekurangan dan kesan negatif.
|
|
8
|
Kita perlu sentiasa menghormati dan memahami
pelbagai perbezaan adat serta budaya yang ada di Malaysia
|
Sila berikan komen anda berkaitan
kepelbagaian budaya di Malaysia :
..................................................
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
DAPATAN KAJIAN :
Kajian mendapati bahawa hampir majoriti daripada kalangan responden yang bersetuju bahawa Tamadun Cina masih kekal dan diamalkan sehingga ke hari ini. Hal ini kerana ramai yang sangat bersetuju bahawa perkara tersebut masih relevan. Selain itu, prinsip-prinsip dalam Tamadun Cina masih wujud walaupun ia semakin ditelan zaman. Masyarakat zaman kini tetap berdiri utuh dan masih berpegang tentang adat dan budaya yang telah dipusakakan oleh nenek moyang mereka. Seterusnya, responden bersetuju bahawa masyarakat muda pada zaman kini agak kurang mengetahui adat-adat dan tradisi yang telah diamalkan oleh keturunan mereka. Hal ini dibuktikan lagi apabila anak muda lebih terpengaruh dengan budaya barat yang dibawa melalui media sosial dan media massa. Justeru, sebagai seorang masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, kita seharusnya saling hormat-menghormati dan saling menerima pandangan tentang perbezaan adat dan budaya supaya dapat membentuk generasi baru yang tinggi sahsiah serta jati diri yang utuh.
Friday, 11 May 2018
TEMU BUAL
2. Pentingkah untuk kita mengetahui dalam aspek kesenian bagi tamadun-tamadun lain selain tamadun Cina ?
Tuesday, 1 May 2018
SENI TARIAN
Tarian singa
Tarian Singa atau dalam bahasa Cina dipanggil wǔshī adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Tarian naga dalam bahasa cina ialah wǔ lóng yang merupakan sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sama juga seperti tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" atau dalam bahasa cina tradisional mereka menyebut lóng de chuán rén sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Tarian kipas cina
Jenis tarian ini mewujudkan bahawa
kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi
pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi,
angina merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina
mempercayai “Fung Shui” iaitu satu tradisi masyarakat cina umumnya tentang
suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.
Oleh itu , jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau
“Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
Tarian kipas adalah berasal dari
Korea, pada mulanya, ia merupakan tradisi Korea Shamanisme dn kemudiannya
berkembang menjadi satu bentuk tarian, telah mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari
ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat
pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim
panas atau musim sejuk, setiap hari banyak orang tua yang memegang kipas dan
menari bersama.
SENI BINA
Seni pembinaan Cina
merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia
Timur. Secara umumnya seni bina Cina
meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain
itu kota-kota lama China seperti
Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.
Kajian mengenai bangunan-bangunan lama
dan tempat tinggal orang Cina telah
banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan
penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi
oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan
berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur
tanah liat dan jerami. Pintu masuk
rumah di sebelah selatan.
Manakala bandar
lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari
beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan
dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan
tukang. Manakala
dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina
kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri
pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada
beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke
utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja
dan aristokrat.
Pada peringkat awal penggunaan
bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh
didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup
atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya
penggunaan batu-bata. Walau bagaimana
pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah
diperbuat daripada kayu dengan
berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk
membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.
Secara keseluruhannya bangunan-bangunan
lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:
1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina
daripada material kayudan batu bata.
2 Kebiasaannya bag!
bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri.
Gambar-gambar patung perti naga,
harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding
atau atap bangunan tersebut.
3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana
lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.
4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan
orang China seperti Yin dan Yang
dan Feng Shui.
Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi
bangunan-bangunan utama. Warna ini
melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.
Sunday, 29 April 2018
SENI KALIGRAFI
Kaligrafi diberi
penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai
keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari
segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk
memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta
sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh
kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk
ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk
batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang
kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan
dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat.
Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang
Xizhi.
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan
kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan
digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan
yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau
serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas
xuan yang mudah menyerap dakwat.
Jenis kaligrafi
Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang
telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa
sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik.
Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall
biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis
dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya
untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan
berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan
garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan
kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila
menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan
keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa
bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal
adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku
cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir
dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)