Sunday, 13 May 2018

REFLEKSI

REFLEKSI

Setelah selesai melakukan kajian tentang kesenian pada zaman tamadun cina, kami mendapati bahawa secara kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Hasil daripada sikap keterbukaan dalam menerima dan memberi idea antara satu sama lain telah memberi kekuatan untuk tamadun itu meneruskan kelangsungan dan perkembangannya dalam membangunkan tamadun ke arah yang lebih maju. Melalui kajian ini kami dapat memperoleh pengalaman khususnya daripada hasil temuramah terhadap responden. Kami mendapati bahawa setiap warisan daripada tamadun-tamadun sepatutnya diteruskan hingga sekarang supaya generasi muda dan generasi akan dating dapat menikmati dan merasai sumbangan yang terwaris daripada zaman-zaman terdahulu. Malah, kami merasakan bahawa kesenian tamadun cina perlu lebih diketengahkan kerana hasil warisan ini sangat dikagumi dan kreativitinya sangat dipuji. Kami juga merasakan bahawa kelangsungan warisan kesenian daripada tamadun cina ini perlu diteruskan agar warisan ini tidak akan dilenyap usia dan ditelan zaman. Kita seharusnya berbangga dengan kehebatan tamadun-tamadun ini kerana warisan tersebut adalah sesuatu yang berharga daripada nenek moyang kita. Pada pendapat kami, tugasan ini membantu kami lebih memahami akan kelebihan tamadun cina dan menghargai warisan tersebut.


No comments:

Post a Comment