Sunday, 29 April 2018

LATAR BELAKANG


Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga kebahagian selatan China. Perluasan kuasa ini bermula ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu mnandakaan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti ini bermula pada 221 S.M. dan berakhirnya pada tahun 206 S.M. Ssepanjang sejarahnya ia pernah dicabar oleh tamadu-tamadun lain tetapi tidak diserap oleh tamadun lain. Walaupun pada awalnya tamadun China agak terlindung namun warisan sistem nilainya memberi kesan kepada perkembangan tamadun China sehingga kini.

Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Hwang Ti dan beliau seorang pengasas yang berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya sangat luas hingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Kesenian dalam tamadun China terbahagi kepada beberapa aspek iaitu antaranya kesusasteraan, seni bina, seni ukir, seni pahat dan seni halus, seni lukis, muzik, drama, teater dan kaligrafi. Muzik memainkan peranan penting dalam tamadun China. Muzik China mempunnyai ciri-ciri tersendiri dan dimainkan dalam pelbagai keraian antaranya upacara istana, perayaan rakyat dan upacara keagamaan. Kaligrafi memainkan peranan penting dalam tamadun China kerana ia melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja mahupun sarjana. Dalam tradisi China, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan puisi dan kaligrafi. Setiap lukisan simbolik dan mementingkan lukisan landskap untuk menggambarkan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Ia menjadikan lukisan cina sebagai satu perantara paling baik untuk membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Seni bina menggunakan bahan-bahan mesra alam setiap bangunan yang dibina mengambil kira kedudukan dan susun atur yang terbaik menurut kuasa-kuasa alam.

No comments:

Post a Comment